Wednesday, 19 December 2012

Demo Durian Crepe






Pada 17/12/2012 (Isnin) yang lalu, petugas membuat demo masakan durian crepe bersempena program Agensi Bersama Masyarakat di Dataran Mela, Kuala Lipis. Respon daripada masyarakat di situ amat baik. Malah, ada makcik/nenek yang nak beli durian crepe! ^_^

DURIAN CREPE
250 gm tepung gandum
3 biji telur
400 ml santan
100 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila 
1 sudu teh pewarna kuning telur 

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.

Durian Filling
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

Sumber: telah diubahsuai daripada resepi Kak Ita

Saturday, 1 December 2012

Kem Generasi Gemilang KEMAS Negeri Pahang 2012









Pada 9/11/2012 hingga 11/11/2012 yang lalu, Kem Generasi Gemilang telah diadakan di Taman Negeri Endau Rompin anjuran KEMAS Negeri Pahang.

Semoga para peserta dapat mengambil segala ilmu yang diperolehi semasa kem tersebut untuk diaplikasi apabila peserta pulang ke lapangan masing-masing.

Terima kasih kepada pihak penganjur di atas peluang yang diberikan kepada para peserta menyertai kem tersebut.