Tuesday, 30 October 2012

Pusat Sumber Kemas Kg. Budu

Pusat Sumber Kemas Kg. Budu adalah sebuah pusat sumber di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pusat sumber ini ditubuhkan untuk memberi kemudahan pembacaan kepada masyarakat setempat.

Bahan-bahan pembacaan yang disediakan boleh dipinjam oleh pengguna. Pusat sumber ini telah mula beroperasi pada hujung tahun 2012.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Kemas Kg. Budu adalah:
  • Perkhidmatan peminjaman buku
  • Perkhidmatan rujukan
  • Perkhidmatan komputer (mesin pengimbas dan mesin pencetak)
  • Menyediakan bahan bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar
  • Kesedaran semasa
  • Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Promosi Galakan Membaca

Lokasi :
Kampung Budu,
27310 Benta, Kuala Lipis, Pahang.

Waktu Perkhidmatan :

HARIMASA
Isnin - Khamis    8.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat, Sabtu, Ahad & Kelepasan AmTUTUP

Pendaftaran Keahlian: 


Pendaftaran keahlian adalah percuma.
Borang perlu diisi dengan betul dan lengkap.
Kad keahlian tidak boleh di pindah milik.
Seorang ahli boleh meminjam 2 buah buku untuk tempoh 2 minggu.
Kehilangan atau kerosakan kad pinjaman dikenaskan denda RM2.00.

Kategori Keahlian:
KK : Kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
RM : Remaja (13-17 tahun)
DS : 18 tahun ke atas

Sejarah Kg. Budu

Budu merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku bagi menguasai mukim ini. Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap.

Tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang. Tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. Mengalirnya Sg Teka yang mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang menghubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, Mat Kilau dan pihak Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat anugerah Allah SWT iaitu permata emas.

Kg Budu secara spesifik merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi benteng pertahanan iaitu bukit raya (Bukit tacing), Bukit Gong (Bukit Perangin) dan Bukit Engku. Selain itu, kampung ini juga telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan YB Hj Abdullah bin Hj Akil, Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein, Hj Abdul Samah bin Hj Idris , Hj Zakaria bin Hj Taha , Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin , Dato’ Suhaimi bin Ibrahim dan Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak

Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu.

Perbalahan sesama sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu. Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar, ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari. Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford.

Akibat dari peristiwa itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis. Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang, Orang Kaya Lipis(Tok Teh), Wan Lingga dan Tengku Samad dari Raub.

Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim Budu antaranya:
• Perigi Sejarah mat Kilau
• Kubu Parit Dalam
• Kubu Tualang Padang
• Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya
• Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
• Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan.
• Perkuburan lama Kg Tualang di Kg Terap

Sumber: Kampung Budu