Wednesday, 23 May 2012

Pengenalan

Pusat Sumber KEMAS  atau dulunya dikenali sebagai Perpustakaan Masyarakat adalah merupakan satu premis penting dalam menjanakan ilmu dan maklumat kepada masyarakat luar bandar amnya. Pada awal penubuhannya iaitu tahun 1971,ianya lebih dikenali sebagai Khutub Khanah Desa setelah Rancangan Pelajaran Dewasa hampir mencapai matlamat di bawah Pembangunan Negara.

Di peringkat awal Khutub Khanah Desa berfungsi sebagai  melanjutkan usaha-usaha memastikan masyarakat yang mula kenal huruf atau ‘neo literates’ tidak kembali  menjadi buta huruf . Kini Pusat Sumber berperanan memastikan masyarakat luar bandar mendapat kemudahan membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta bermaklumat dalam menjalani kerja seharian mereka.

Sumber: KEMAS