Budu merupakan sebuah mukim yang terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang, Malaysia. Banyak peristiwa-peristiwa penting dalam lipatan sejarah telah berlaku
bagi menguasai mukim ini. Terletak di dalam Daerah Lipis. Merupakan
antara kawasan yang tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua
Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu Kg Budu, Kg Benta, Kg
Chat, Kg Tualang Padang, Kg Peruang dan Kg Terap.
Tempat kelahiran
Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin
dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang.
Tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. Mengalirnya Sg Teka yang
mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang
Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang
menghubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai
ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, Mat Kilau dan pihak
Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan
panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat
anugerah Allah SWT iaitu permata emas.
Kg Budu secara spesifik
merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya
merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi
benteng pertahanan iaitu bukit raya (Bukit tacing), Bukit Gong (Bukit
Perangin) dan Bukit Engku. Selain itu, kampung ini juga telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin
besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN
Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan YB Hj Abdullah bin Hj
Akil, Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein, Hj Abdul Samah bin Hj Idris
, Hj Zakaria bin Hj Taha , Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin , Dato’
Suhaimi bin Ibrahim dan Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul
Razak
Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok
Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja
Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya
memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara
Pahang. Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera
Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan
Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang
sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu
merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan
sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu.
Perbalahan sesama
sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan
Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang
Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu.
Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan
seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar,
ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari.
Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak
British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford.
Akibat dari peristiwa
itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam
buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis.
Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah
Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak
kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang, Orang Kaya Lipis(Tok
Teh), Wan Lingga dan Tengku Samad dari Raub.
Bukti-bukti sejarah yang terdapat di Mukim
Budu antaranya:
• Perigi Sejarah mat Kilau
• Kubu Parit Dalam
• Kubu
Tualang Padang
• Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya
• Sungai
Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
•
Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau
disemadikan.
• Perkuburan lama Kg Tualang di Kg Terap
Sumber:
Kampung Budu